Unit pendidikan Islam dan Moral
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penangkapan Bekas Mufti Perlis Dr Asri ZA.

2 posters

Go down

Penangkapan Bekas Mufti Perlis Dr Asri ZA. Empty Penangkapan Bekas Mufti Perlis Dr Asri ZA.

Post  Rosli Al-Looneeqy Mon Nov 09, 2009 2:53 am

Apa pandangan sahabat sekelian mengenai isu di atas?
Adakah patut beliau diperlakukan begitu??
Adakah setelah seseorang itu diakui masyarakat sebagai ulamak, dan mempunyai kelayakan agama, bahkan bekas mufti pulak tu, perlu lg mendapat permit utk menyampaikan ceramah di mana2 di dunia ini?
Bagaimana dengan sesorang yg belajar bukan secara formal dan diakui kedalaman pengetahuan agamanya tetapi tiada sijil atau tiket duniawi tu? Tak bolehkah beliau melaksanakan tangungjawab dan tuntutan agama utk dia berdakwah dan menyampaikan agama walaupun satu ayat?

Adakah dunia sudah gilo??? atau orang yang gilo???

Rosli Al-Looneeqy

Posts : 9
Join date : 2009-11-01

Back to top Go down

Penangkapan Bekas Mufti Perlis Dr Asri ZA. Empty penangkapan orang alim

Post  abu amar 09 Tue Dec 01, 2009 12:32 am

kenapa itu berlaku???

Sejarah kezaliman terhadap orang-orang alim bukan sahaja berlaku di zaman sekarang, bahkan ia berlaku sejak zaman Nabi Allah Yusof a.s. di mana beliau telah dipenjarakan. Begitu individu-individu seperti Said bin Jubair rah, Imam Shafie rah, Imam Hambali rah dan lain-lain lagi.

Jika bekas Mufti Perlis kena dibicarakan, itu bukanlah suatu perkara asing. Kekuasaan dan pengaruh politik tidak membezakan sesiapa saja hatta kekasih Allah pun dipenjarakan. Itulah antara intipati fitnah politik dan kuasa. Sebagai seorang Islam, setiap orang yang mengakui dan mengamalkan sesuatu fikrah yang berbeza selagi mana masih diterima dalam konteks ahli sunnah wal jamaah perlu dihormati. Seorang ulama yang menyokong parti pemerintah perlu dihormati kerana ilmunya. Begitu juga seorang ulama yang menyokong parti pembangkang perlu dihormati kerana ilmunya. Begitu juga seorang ulama yang berkecuali perlu dihormati kerana ilmunya. Dengarkan nasihat mereka, fikirkan dan ambillah kebaikan dari ilmu mereka.

Mengenai ulamak suk, selagi mana tidak dipastikan seseorang itu tergolong di kalangan ulama jahat, janganlah sekali-lagi begitu mudah melemparkan sebarang tuduhan terhadapnya. Rasulullah s.a.w. amat berhati-hati sehingga bila orang-orang Yahudi menterjemahkan kitab Taurat ke bahasa Arab dan membacakannya kepada sahabat-sahabat r.a. Baginda bersabda, "Kamu janganlah membenarkan kata-kata mereka dan jangan mendustakannya. Katakanlah sahaja, "kami beriman dengan apa-apa sahaja yang Allah s.w.t turunkan.""

Menyampaikan kebenaran adalah penting dan sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w.

Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan kebenaran (kalimat haq) di hadapan raja yang zalim."

Persoalannya siapakah yang dimaksudkan raja yang zalim ketika ini?

Jika kita menzalimi diri kita sendiri, kita sendiri perlu beristigfar dan insaf. Kita sendiri perlu berusaha memperbaiki diri lebih mudah daripada mencari dan menilai pihak yang lain untuk dimasukkan ke kategori zalimun. Berusahalah mencari keredhaan Allah dengan menyampaikan yang haq walaupun terpaksa menghadapi kesulitan.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Darda r.a. katanya, "Kekasihku Rasullullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya bahwa janganlah sekali-kali menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu walau kamu dicincang atau dibakar. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja kerana sesiapa yang berbuat demikian maka Allah s.w.t tidak bertanggungjawab terhadapnya. Janganlah minum arak kerana ia adalah kunci kejahatan."

Jangan biarkan iblis bergembira dengan kekalutan ini. Fikir dan berusahalah untuk kepentingan dan perpaduan ummah sejagat. Wallahu alam.

abu amar 09

Posts : 1
Join date : 2009-11-30

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum